Followers


Thursday, December 23, 2010

Sekilas ilham...kaitan adab makan dan air

pernah terbaca artikel,seorang pemuda membuat pembentangan mengenai air zam-zam. menggunakan teleskop berkuasa tinggi untuk melihat kandungan dan bentuk partikel air. apabila menyebut perkara baik-baik,partikel dlm air itu menunjukkan bentuk kristal yg cantik. apabila mengeluarkan kata-kata kesat pada air itu,partikel itu pecah dan membentuk kristal yang buruk. sebenarnya tadi baru terfikir, mengapa dalam adab makan kita perlu diam? bagi saya, jika kita bercakap, dikhuatiri akan mengeluarkan kata-kata kesat,kotor,menyakitkan hati atau mengumpat. di hadapan kita pada waktu itu adalah makanan. mungkin makanan itu akan menyerap segala kata-kata buruk itu dan menjadi sumber tenaga dalam badan kita. maknanya segala kata-kata kesat atau umpatan yang kita lemparkan pada orang akan kembali semula ke badan kita. Akibatnya,badan kita mudah dapat penyakit dan adakalanya berasa mudah lapar walaupun telah makan dalam kuantiti yang banyak. apa pendapat anda?

mengapa air selalunya dibawa ke majlis-majlis bacaan yassin dan akan ditiup setelah yassin habis dibaca? selalunya air kosong, walaubagaimanapun saya sarankan bawa air mineral,bkn air yang dimasak. Hal ini kerana air minearal masih lagi mengandungi kandungan mineralnya yang boleh memegang gelombang bacaan yassin yang baik untuk badan, manakala air yang dimasak tidak ada apa-apa. nama lainnya adalah air mati. mengapa air? bknnya karipap, donut atau yang lain-lain? hal ini kerana air telah wujud di muka bumi ini beribu-ribu tahun sebelum wujudnya manusia. lebih dari separuh permukaan bumi diliputi air dan dalam badan manusia juga mengandungi air. Air adalah zat yang paling lama hidup di bumi dan amat memahami segala kondisi dalam badan manusia..hebatkn?

p/s-coretan di atas hanyalah pandangan saya yang datang secara tiba-tiba. Segala silap dan salah atau bercanggahan pendapat amatlah saya kesali,jika ada fakta yang lebih tepat dan bernas sudi-sudilah kongsi..

Tuesday, December 14, 2010

Semut yang bertawakal pada Tuhannya

    Semut itu berkata bahawa dia hanya memerlukan sebutir gula sebesar gandum cukup sahaja sebagai makanan selama setahun. Lalu, Nabi Sulaiaman memasukkan semut itu kedalam sebuah balang berisi sebutir gula dan semut itu. Setelah sampai tempohnya,Nabi Sulaiman membuka semula balang tersebut dan mendapati hanya separuh sahaja gula itu dimakan. Nabi Sulaiman bertanya,"mengapa hanya separuh sahaja kau gunakan untuk sepanjang setahun hidup kau di dalam balang ini? Bukankah sebutir gula untuk menampung hidup kau?". Semut itu menjawab,"Memang benar aku memerlukan sebutir gula sebesar gandum jadi makanan bagiku,akan tetapi aku tidak yakin dengan jaminan manusia. Aku lebih yakin dengan jaminan Allah. Di luar,rezekiku pasti ada untukku kerana aku pasti jaminan Allah, tetapi jika di dalam balang,aku takut manusia akan terlupa dan tempoh untuk hidup di dalam balang akan terlebih."

    Daripada kisah ini, umumnya kita manusia percaya kewujudan Allah. Kita percaya akan azab dan siksa-Nya. Akan tetapi, kita tetap melakukan zina dan dosa secara sengaja. Mengapa? Kerana manusia tidak yakin dengan jaminan yang diberi. Jika yakin,pasti dosa dan zina tidak akan berleluasa.

    Suka bagi saya untuk mengingatkan kawan-kawan, dahulu saya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR. Akan tetapi, untuk SPM saya hanya mendapat keputusan sederhana sahaja. Selaku anak sulung, amat besar dan berat bagi saya untuk memikul tanggungjawab ini. Untuk menjadi ikutan, contoh dan tauladan untuk adik-adik sememangnya teramatlah sukar. Walaupun dengan keputusan yang tak seberapa, saya tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam keluarga. Hal ini kerana saya yakin rezeki itu ada di mana-mana. Rezeki itu luas terbentang dan tinggal hanya saya dan usaha sahaja untuk mendapatkannya serta doa memohon permudahkan ujian dan perjalannya.

Tuesday, December 7, 2010

KISAH PELACUR YANG MEMBUNUH TUHANNYA

     Senja itu tenang ketika angin bertiup menerbangkan daun yang gugur
perlahan. Pelacur itu mengutuk nasibnya. Dua hari lalu rakannya mati
dalam keadaan yang sangat mengerikan. Pada waktu pengebumian,jenazahnya tak boleh masuk ke liang.
Tubuhnya tiba-tiba memanjang sehingga panjangnya melebihi saiz
lubangnya. Menurut orang-orang tua, ia dikutuk oleh langit dan bumi.
Setelah didatangkan seorang kiai, barulah jenazahnya boleh dikebumikan.
Peristiwa itu demikian menyentuh hatinya sehingga terbitlah penyesalan yang amat.
Sejak itu, dia selalu murung saja memikirkan masa depannya. Dan sejak
itu juga dia ingat kembali masa-masa silamnya.

     Dulu dia bersama teman-temannya biasa ke surau untuk mengaji selepas
maghrib. Mengikuti majlis taklim,rajin berpuasa,
tarawih dan akan membantu menyiapkan sahur untuk keluarga. Tapi sejak
berkahwin dengan seorang pemuda sekampungnya, nasibnya terus berubah. Suaminya
ternyata penipu, pemabuk dan kaki judi. Setelah seluruh hartanya habis di
meja judi, dia menjual isterinya menjadi seorang pelacur.

     Dia sangat sedih dan merasa tak lagi
berharga di mata Tuhan. Fikirannya penuh dengan bayang-bayang murka Tuhan. Dia lalu teringat cerita dari ustaznya, bagaimana Tuhan menyeksa para pendosa dengan keadaan yang sangat dahsyat. Tuhan mengawasi setiap tindak-tanduk manusia, memerintahkan malaikat mencatat segala amalnya, dan menghukum atau memberi kenikmatan yang tak terhingga. Setelah berfikir cukup lama, dia tekad untuk pergi mencari ulama dan meminta nasihatdari mereka.

     Dan demikianlah dia berjalan dari satu masjid ke masjid yang lain, dari satu majlis taklim ke majlis taklim yang lain. Dan hujan nasihat itu semakin deras. Semuanya sama, tentang ampunan dan janji syurga, tentang neraka yang mengerikan, tentang Tuhan Yang Maha Adil yang memberi balasan setimpal atas hamba-hambanya; dia harus bertaubat, kembali ke jalan lurus, banyak sembahyang, dan istighfar.

     Tapi itu semua tak boleh menentramkannya, sebab setiap kali ia sembahyang, istighfar, bayangan murka Tuhan dalam bentuk azab neraka selalu saja hadir di fikirannya.Kembali dia mengutuki nasibnya. Maka hatinya gundah, dan tetap saja dia masih merasa kotor di hadapan Tuhan.
Dia selalu teringat-ingat azab neraka itu. Hingga akhirnya setelah beberapa minggu tak juga merasa tenang ia memutuskan tak lagi mencari ketenangan itu. Ia selalu ingat azab Tuhan di neraka. Ia tak lagi yakin ada
keampunan dari-Nya kerana bayangan azab-Nya yang demikian ngeri terus saja menghantuinya, kerana masih melacur, lagipun dia tak ada pekerjaan lain selain melacur.
Jadi bagaimana mungkin ia diampuni jika bertaubat tetapi mengulangi kesalahan yang sama; tapi jika tak melacur ia pasti kelaparan.Akhirnya,secara tak sedar dia
telah menarik kesimpulannya sendiri tentang Tuhan: Dia adalah Yang Maha Keras di dalam Maha Keadilan-Nya. Dia adil, dan menepati janji, maka tentunya azab itu pasti dijatuhkan. Dirinya telah ditakdirkan menjadi pelacur selamanya dan kerana itu akan tetap bergelumang dosa. Dengan fikiran begitu ia patah semangat. Fikirannya kalut dan akhirnya ia nekad hendak bunuh diri. Ya, bunuh diri! Bukankah sama saja
mati nanti dengan mati sekarang, kerana hukuman sudah menanti. Memang benar dia pernah dengar sifat-Nya yang Maha Pengampun. Ia memang pernah dengar bahawa sebelum nyawa sampai ke kerongkong ampunan-Nya
terbuka. Akan tetapi dia juga pernah mendengar bahawa manusia berdosa mesti masuk neraka dulu untuk disucikan dari kotoran-kotoran dosanya, baru diangkat ke syurga. Jadi, pikirnya, mungkin, sekali lagi mungkin, dirinya akan diampuni, tetapi tetap saja ia mesti masuk neraka, sebab Tuhan Maha Adil dan Menepati Janji. Lagipun tak ada jaminan ia masih hidup esok hari, dan tak ada jaminan dia akan mati dalam keadaan telah bertaubat.

     Selain itu cap dirinya sebagai pelacur sungguh sukar dihapuskan. Bahkan kalau dia meninggalkan dunia pelacuran ini, panggilan "bekas pelacur" tetap saja memalukan. Bahkan di dunia ini sesungguhnya dia telah dihukum secara sosial dan psikologi. Bahkan di dunia ini dia sudah dihukum!

      Dia mengambil keputusan untuk terjun ke lembah yang curam.Sewaktu ingin membunuh diri,ada sesuatu yang menarik badannya dengan kuat ke belakang.Di lihatnya seorang lelaki setengah baya, sedikit beruban, memanggul ikatan rumput, dengan sabit di pinggangnya. Lelaki itu tersenyum. "Kenapa?" tanyanya perlahan, sambil meletakkan ikatan rumput, lalu menolong pelacur itu berdiri. Pelacur itu, selepas terhenyak hairan sejenak, merasa kecewa, sedih dan marah, lalu duduk di atas tanah. Kemudian terdengar esakan tangisnya. Lelaki itu membiarkannya menangis. Setelah beberapa lama tangisan itu semakin perlahan, lalu berhenti sama sekali.

     "Kenapa?" kembali ia bertanya. Pelacur itu hanya diam.
Setelah beberapa lama ia mendesah. "Mengapa pakcik selamatkan aku?" Protesnya."Aku hanya mengikuti kata hati. Bunuh diri itu perbuatan buruk, maka aku mencegahmu. Nampaknya kau menanggung beban persoalan yang sangat berat hingga kau berbuat demikian. Ceritakanlah, barangkali aku boleh
meringankannya. "
"Tak usahlah pak cik. Aku sudah berminggu-minggu mencuba menguranginya, tapi itu menambah bebanku.Lagipula aku tak ingin membebani pak cik dengan persoalanku."

     Lelaki itu tersenyum. "Mari duduk. Ceritakan saja, aku tak kan merasa beban." Setelah ragu sejenak, pelacur itu menurut. Dia mula menceritakan kisahnya dari awal hingga ke peristiwa yang membawanya ke tempat tersebut.

     Setelah selesai, pelacur itu menunduk lagi, dan tak terasa matanya kembali berlinang. "Hmm, jadi itu persoalannya. Jadi kau yakin Tuhan, walau mungkin akan mengampunimu, Dia tetap akan menghukummu atas dosa-dosamu. Sungguh adil Tuhanmu itu, tetapi Dia juga sungguh keras. Tak memberimu pilihan selain melacur, hmm, Dia sungguh keras."Perempuan itu hanya menganggukkan kepalanya.

"Aku mahu bertanya, seandainya ada orang yang membebaskanmu dari dunia pelacuran, apakah kau masihyakin Tuhan akan menghukummu?"

     Sejenak pelacur itu berfikir. "Ya," jawabnya. "Mengapa?"
"Sebab aku terlampau kotor, dan hanya api neraka sahaja yang boleh memadamnya. Bukankah Dia itu Hakim Maha Adil? Tentunya kesalahan tak dihapuskan begitu saja. Bukankah menurut kitab suci yang pernah aku baca perbuatan buruk sebesar zarah sekalipun akan mendapat balasannya? "

 "Jadi menurutmu Tuhan itu bagaimana?"
"Dia Maha Adil. Dia pasti menepati janji. Aku ingat dulu ustaz di desaku mengatakan begitu. Dia akan menghukumku ...".

     Lelaki itu menggelengkan kepalanya,"Terlalu banyak orang yang seperti dia" katanya dalam hati. Tapi ia sedar bahawa pelacur itu sudah banyak mendapat nasihat, jadi dia merasa tak perlu memberinya nasihat lagi. Akhirnya, setelah menimbang-nimbang sejenak dia berkata: "Kau tertekan sekali. Hidupmu demikian pedih kerana Tuhanmu menghendaki begitu, kan? Tak memberimu pilihan selain melacur, dan tentu akan menghukummu," katanya, mengulang kata-katanya yang tadi telah diucapkan.

Sambil terisak pelacur itu mengangguk.
"Jadi kalau begitu Tuhanmu itulah sumber masalahnya, sebab Dia-lah yang menjadikanmu tertekan begini."

     Mendengar ini, pelacur itu agak ragu-ragu. Benarkah Tuhannya yang menjadi sumber masalah? Benarkah takdir-Nya yang mencipta semua persoalan yang menimpanya kini? Ia jadi bimbang, tak tahu apa yang mesti dikatakan. Seketika fikirannya kosong, kalut. Apakah takdir Tuhan yang mempermainkannya? Ia tiba-tiba ingat betapa para lelaki, yang tidur lelap bersama isteri mereka yang tersapu oleh hawa panas dan kampung mereka hancur oleh lava gunung berapi, sementara itu para lelaki kaya yang selingkuh dan menidurinya tak tersentuh sama sekali
oleh bencana ini.Apakah penduduk desa itu lebih jahat daripada lelaki kaya yang menidurinya? Adakah penduduk kampung itu lebih bejat moralnya berbanding penduduk bandar?
Apakah perbuatan maksiat di sana lebih banyak dan lebih dahsyat ketimbang di kota? Jika tidak, kenapa bencana itu menimpa mereka? Ia lalu membandingkannya dengan nasibnya sendiri.

"Jika menurutmu Tuhan itu sumber masalah, kau abaikan saja Dia, atau ..." sejenak dia berhenti. Lalu dengan perlahan berkata sambil tersenyum misteri: "Bunuhlah Dia. Kujamin masalahmu hilang,"

Pelacur itu terperanjat. Membunuh Tuhan? "Apa maksud pakcik?" "Ya, tinggalkan dia.Hiduplah tanpa Tuhan."

     Pelacur itu jadi ragu-ragu, jangan-jangan pak cik ini tak waras. Tapi, setelah berfikir agak lama, rasanya cadangan itu nampak masuk akal. Jika ia tak memikirkan Tuhannya lagi, tak memikirkan sorga neraka, tentunya
ia tak perlu takut lagi, walau hati kecilnya masih cemas tentang keadaannya selepas mati.

     Tetapi jika ia tak takut lagi kepada Tuhannya yang keras itu, bukankah ia dapat hidup dengan lebih selesa dan tenang? Ketidakpastian nasibnya di akhirat akan lenyap, sebab ia telah membunuh Tuhan yang menguasai
dunia-akhirat. Memikirkan hal ini, seketika hatinya menjadi tenang, terbitlah terang di fikirannya. Ya, ia akan bunuh atau tinggalkan saja Tuhannya itu. Ia akan menapak hidup ini dengan riang dan bebas dari beban dosa dan kecemasan akan murka-Nya.

     Jadi demikianlah, pelacur itu, setelah berterima kasih kepada lelaki itu, pulang ke tempatnya. Dia kini merasa siap menentukan nasibnya sendiri. Ia tak mau tunduk pada takdir yang menetapkannya jadi pelacur.
Kerana ia sudah membunuh Tuhan, bukankah takdir itu sudah tak berlaku lagi?Dia bersiap mrncari kerja lain, apa saja, asal bukan melacur. Pokoknya sejak ia membunuh Tuhan, pilihan tak lagi terhad. Ia tak lagi hanya punya pilihan melacur!

     Takdir-Nya sudah dihancurkan! Ah, benar sekali nasihat lelaki itu: membunuh Tuhan yang jadi sumber masalah. Kenapa tidak dari dulu saja!. Sekarang dia tenang dan bahagia dengan keadaannya yang sekarang. Suatu, pagi dia duduk di batu tempat
dia berbincang dengan lelaki itu. Ia tersenyum ketika mengenang pertemuan itu.
Tiba-tiba dia merasakan sentuhan di bahunya. Pak cik yang dulu itu sudah berada di depannya. Tapi kini ia tak membawa ikatan rumput, hanya sabit di pinggangnya. "Bagaimana keadaanmu?" tanyanya, dengan senyum yang masih sama seperti yang dulu.

     Kini bekas pelacur itu membalas senyum itu dengan senyum pula. "Jauh lebih baik. Aku merasa lebih bahagia dan tenang. Sekali lagi, terima kasih atas nasihat pakcik," sahutnya ramah.

     "Oh ya? Ceritakanlah padaku tentang kebahagiaanmu." Lalu pak cik itu duduk di atas batu tepat di depannya.Seperti pertemuan pertama dulu. Kali ini bekas pelacur itu tak ragu lagi untuk menceritakan semuanya, ya, semuanya, dari sejak pertemuan pertama sampai pertemuan yang sekarang. Dan lelaki itu tertawa kecil,
mengangguk-anggukan kepalanya. "Hmm, kau telah menemui tukar atas Tuhanmu yang kau bunuh dulu. Kau telah menemui Tuhan baru."

     Bekas pelacur hairan mendengar ucapannya. Mendapatkan ganti Tuhan yang baru? Memangnya ada berapa banyak Tuhan itu? "Apa maksudmu?"

     "Adakah kau tahu bahawa Tuhan itu tunduk kepada fikiran orang?" Perempuan itu menggeleng, dan bertambah hairan.Pak cik itu bangkit berdiri, menatap hamparan langit, lalu berkata: "Dulu kau menundukkan Tuhan dengan fikiranmu. Kau jadikan dia Tuhan yang Adil dan Keras.
Tuhan yang tak memberimu pilihan. Maka Tuhanpun menuruti keinginanmu. Jadi bukan Tuhan sumber masalahmu, tapi kau sendiri. "Seketika itu juga
fikirannya kembali kosong, tapi kini tak kusut lagi. Ia lalu lagi-lagi ingat dulu waktu kecil saat mengaji kitab-kitab agama, ustaznya membacakan hadis qudsi, yang ertinya kurang lebih menyatakan bahawa Tuhan itu adalah sesuai dengan anggapan dan fikiran orang, kerana itu orang mesti berbaik sangka kepada-Nya. Kini kepalanya kembali melayang, tapi ia tak bingung lagi.Tiba-tiba dadanya bertambah lapang. Ia merasa bahagia kerana telah mendapatkan Tuhan yang sama sekali lain dengan yang dulu. Tuhan yang membebaskan, memberi banyak pilihan, ampunan.Dia tiba-tiba merasa Tuhannya yang sekarang jauh lebih ramah dan pengasih. Dia memberinya kebebasan dari pelacuran. Dia ingat musibah di lereng gunung berapi.Dia ingat lelaki kaya yang menidurinya.
Dia ingat penduduk kampung yang bekerja keras dan halal tapi tak juga aman. Kini ia memandang itu semua secara berbeza.

     Takdir tak mempermainkan! Ya, takdir tak mempermainkan manusia. Manusialah yang bermain-main dengan takdirnya sendiri. Sungguh sukar dijelaskan, tapi pengalamannya mengatakan begitu. Bekas pelacur itu tersenyum. Lelaki itu juga tersenyum, dan setelah mengucap salam dia
pergi, mencari rumput dengan sabitnya yang terselip di pinggang. Sejenak kemudian bekas pelacur itu tiba-tiba seperti mendengar panggilan solat. Dan kali ini hatinya bergetar, sebab hatinya rindu ingin segera menemui dan bercakap-cakap lebih banyak dengan Tuhannya yang baru ini.

Hayya alal falah .... panggilan itu kembali bergema di
kalbunya..


p/s:cerita ini sy dapat dr sebuah website berbahasa indonesia. Saya memendekkan lagi cerita dan ubah ke bahasa melayu.

     Dewasa ini,jika berjalan di kaki lima atau dimana saja, mudah saja bertemu dengan pelbagai bentuk rupa manusia yang juga pelbagai jenis dan ragam. Saya pasti,anda semua sudah biasa mendengar, yang kaya hidupnyanya bermasalah kerana memikul beban hutang manakala yang miskin bahagia kerana hidup bersederhana. Bagaiman pula jika sebaliknya? Ada juga si kaya yang hidupnya bahagia dan ada juga si miskin hatinya sentiasa iri hati dan tidak berpuas hati dengan keadaan dirinya. Mengapa? Hal ini kerana si kaya itu sentiasa bersyukur atas pemberian Tuhan manakala si miskin ini tadi sentiasa mengeluh, menyalahkan takdir yang telah disusun Tuhan ke atas dirinya.

     Perkara ini sering terjadi pada saya sekiranya ujian datang menimpa dan bisikan syaitan berjaya menghasut dan memperdaya saya. Saya akan bertanya pada diri sendiri, mengapa dan apakah sebabnya Tuhan melakukan pekara sebegini. Kemahuan dan keinginan saya sering kali terbatas dan adakalanya tidak dapat langsung. Jika dapat ianya lambat dan memakan masa. Saya pasti,fikiran seperti ini pasti dimiliki oleh orang lain. Inilah yang dinamakan naluri iaitu keinginan.  Oleh hal yang demikian, bagi kita, hamba yang lemah ini haruslah meletakkan Tuhan sebagai zat yang Maha Agung, di tempat yang baik dan mulia di hati kita. Sentiasa bersangka baik, memuji dan bersyukur atas pemberian-Nya.