Followers

Monday, May 2, 2011

“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.” (Hadis Riwayat Hakim)

Pd asalnya kita bersabar dgn perbuatan org lain terhadap kita, namun jika 1 hari kita membalas dgn perbuatan yg sama pd org tersebut bknkah itu dinamakan membalas dendam? Apa yg terjadi pada pahala sabar kita dimana sabar itu sebahagian drpd iman? Sbb itulah pentingnya memaafkan semua org disekeliling sblum tidur. Memaafkannya dgn sepenuh hati sptmana anda memohon taubat dariNYa.

Jika kau ada di sini pasti kau akan tolong abahkan?

Pada suatu ketika, tinggal seorang tua di hujung kampung seorang diri. Dia berhasrat untuk menanam kentang di sebuah kebun di belakang rumahnya. Walaubagaimanapun perkara ini amatlah sukar untuk dilakukan memandangkan kerja-kerja menggembur tanah adalah tugas anaknya Ali yang kini berada di dalam penjara. Orang tua itu pun menulis surat menyatakan hasratnya kepada si Ali.

Kehadapan Ali:
Abah merasakan tahun ini abah tidak dapat membina kebun kentang seperti tahun-tahun yang sudah. Abah terlalu tua untuk melakukan kerja-kerja menggembur tanah di kebun itu. Jika kau ada di sini pasti kau akan tolong abahkan? abah tau kau akan gali tanha itu untuk abah.

Sayangmu,Abah

Beberapa hari kemudian, orang tua itu menerima surat dari anaknya

Kehadapan Abah:
Demi saya, janganlah abah sentuh tanah tersebut. Di situlah tempat dimana MAYAT itu ditanam.

Sayangmu,Ali.

Pada keesokan harinya lebih kurang jam 4 pagi, ejen FBI dan polis tempatan datang ke kebun itu dan menggali kesemua kawasan kebun itu tetapi tidak menemui apa-apa pun. Mereka pergi dan meminta maaf pada orang tua tersebut.
Pada hari yang sama, si tua itu menerima surat dari anaknya.

Kehadapan Abah:
Abah boleh teruskan menanam kentang. Inilah yang terbaik boleh saya lakukan untuk abah yang tercinta.
Sayangmu,Ali