Followers

Tuesday, October 18, 2011

Ikan Jerung bermata Satu di Teluk California

Ikan ini dijumpai dalam perut ikan Jerung yang hamil di Laut berhampiran Teluk california. Lihatlah betapa besar kejadian Tuhan. Ada di antara kita manusia megah mendabik dada berdiri dan bersuara dgn lantang bahawa dialah manusia yang mampu berkata-kata dgn baik, membidas perbahasan orang dgn kemas, mengaku Islam tetapi mempersoalkan zat dan hukum Tuhan, menafikan kejadian...hasil dari tuntutan ilmunya di dunia..seolah-olah semua ilmu itu telah habis dikautnya walhal ilmu Tuhan Maha Luas dan Dialah Maha Mengetahui segala-galanya...
Seorang nelayan Mexico menarik ibu jerung berhampiran Pulau Cerralvo  di Teluk California dan terkejut apabila mendapati dalam makhluk aneh ini, ada lagi beberapa embrio normal.
Selain bermata satu, ikan ini juga mempunyai kecacatan lain seperti berwarna putih (albino) dan tidak mempunyai hidung.

Penyelidik di sana memeriksa dan x-ray ikan ini untuk mengesahkan bahawa ia bukan penipuan
.
Para penyelidik jerung juba mengenalpasti punca kejadian kelahiran ikan ini mungkin dari pencemaran alam sekitar ataupun genetik embrio ikan itu sendiri..

No comments:

Post a Comment