Assalamualaikum semua..kali ini saya ingin mencoretkan satu pandangan saya terhadap perkara yg bagi kita sebagai umat islam biasa mendengar dan menggunakannya iaitu “kafir”. Biasanya..kita akan menyifatkan org bukan islam itu sebagai org kafir dan confirm masuk neraka. Betulkah padangan kita itu? Utk pengetahuan anda, mereka amat marah sekali jika kita menggelarkan mereka sebagai kafir…adalah lebih baik kalau kita menggunakan istilah non-muslims. Mengapa? Apakah maksud kafir yang sebenarnya? Kafir ini berasal dari huruf (kaf – fa - ra) yg bermaksud menutup. Sblum zaman islam, istilah ini digunakan oleh para petani utk menutup/menguburkan benih tanaman di lading. Dari segi istilahnya, كافر kafir / كفّار kuffār ini maksudnya lebih kepada org yg menyembunyikan atau mengingkari. Dalam bahasa Islam, kafir sebuah kata yang digunakan untuk mejabarkan seseorang yang menolak/ tidak memeluk agama Islam.
Jadi menurut ajaran Islam, manusia kafir terdiri dari beberapa maksud, iaitu:
- Orang yang tidak beragama Islam atau orang yang tidak mahu membaca syahadat,
- Orang Islam yang tidak mahu solat,
- Orang Islam yang tidak mahu puasa,
- Orang Islam yang tidak mahu berzakat.
Cukup mengenai maksudnya, cuba anda bayangkan, wajarkah kita menentukan org bkn islam seperti asli pedalaman yang tidak pernah tau mengenai apa itu islam akan terus masuk neraka. Bkn kita yang menetukan siapa masuk neraka atau siapa masuk syurga, yang menentukannya adalah Allah. Mereka x pernah ingkar apa2 arahan atau perintah pun, bkn salah mereka untuk tidak mengetahui apa itu Islam,dan yang selalu ingkar perintah Tuhan adalah kita sendiri dan berdasarkan maksud yang tertera di atas siapa kafir sekarang? Maafkan saya jika penyataan ini menyakitkan hati para pembaca. Cuma saya mahu kita semua fikirkan semula dan ambil iktibar. Jika golongan seperti ini telah disamapaikan padanya ajaran islam oleh kita lainlah. Pada waktu itu menjadi tugas Allah utk menentukan nasibnya. Nasib mereka pula xkn berubah selagi mana mereka x berusaha utk mengubahnya sendiri. Jika mereka ada keinginan utk mengkaji insyaAllah, Allah akan memberi hidayah padanya bkn kita, kita hanya memberi jalan pada mereka. Oleh hal yang demikian, pesanan saya utk rakan2, perbetulkan persepsi mengenai kafir, jgn menggunakan perkataan ini sewenang-wenangya kelak nanti kita pula yang disifatkan sebagai kafir di akhirat kerana mengingkari perintah Tuhan,subhanAllah…
No comments:
Post a Comment