Followers


Wednesday, September 28, 2011

Rezeki Tuhan utk Semua HambaNya Yang Berusaha...

     5 murid Tahun Enam ditegah ambil UPSR
demi sesuap nasi- gambar sekadar hiasan
assalamualaikum dan salam sayang buat semua yg sudi melawati blog ini..
Kesal dgn tindakan pihak sekolah yg menegah 5 murid tahun enam untuk mengambil UPSR. knape boleh jd camtu? bknkah mereka(pihak guru) telah lama hidup dan menempuh alam pkerjaan. skrg bkn senang nak cari kerja. juga bkn senang nk tgk anak2 muda mencari rezeki halal. akhbar kali ini membuatkan saya terfikir dgn apa yg saya alami selama ini. saya dibesarkan dlm suasana kampung juga dlm keluarga yg bkn juga bagus dr segi profesyen pkerjaan. saya ada ramai kenalan yg dah kawin. yg sebaya pun ada dah kawin. disebabkan telah brkeluarga, baru nak carik duet utk anak bini. itu pun kerja x menentu, malas dan masih lg dgn prangai bujang, nak berfoya-foya. sejak praktikal ni, saya sering buat kerja2 luar. jumpa org sana-sini. amek kesempatan bertanyakan perihal kehidupan mrk. mungkin disebabkan persekitaran saya yg dikelilingi org yg malas bekerja..saya mudah terharu bila jumpa..anak2 melayu bekerja keras mencari sesuap nasi di bandar. wlaupun gaji x sberapa, ada yg kais pagi mkn pagi..mrk tetp dgn kerja2 mrk di bandar, mncari rezeki halal. ada yg bkk gerai sndri, ada yg amek upah jaga parking motor..bila berbual dgn mrk,pkara yg sama mrk ucapkan, "boleh la bang..carik rezeki sket2..dpt tanggung diri sndri jadila.."alhamdulillah, semoga mrk dijauhi dr malapetaka dan bencana, diringankan beban, dilapangkan rezeki dan diringankan juga ujian dr Tuhan. dulu, time dpt result SPM...ade sja kwn2 yg sedih dgn kputusan mrk, mengadu pd saya..apa yg boleh saya katakan,"sabar kwn, rezeki Tuhan tu ade..ckup luas..dan ade yg dah tersedia khas utk kita, cuma tgal usaha kita je nak mencarinya..mane ade free2 Tuhan nk bg..nk oxygen pon kene usaha sedut..", camtu je la pujuk sket2..hehe..mcm mana pula dgn pengemis2 jalanan? ha..ni yg saya x berapa nk suka ckp. bkn menghina / mengeji, saya ckup x suka bila pengemis mengenakan pakaian baju melayu,berketayap,bersongkok..meminta sedekah. apa yg mrk cuba tonjolkan sbnrnye? knape msti pkai pkaian imej melayu yakni secara automatiknya org islam. klau sayangkan agama..sy rasa, mrk xkan berpakaian begitu..bkn la nak suruh pkai cheongsam..tp kdg2 tgk stail mrk sama saja..STOP!! maaf, sy xnk mgulas lg psal mrk..Tuhan saja tau nasib dan rezeki mrk.semoga mrk dilapangkan rezeki dan dilindungi Allah setiap waktu. maaflah klau entry kali ni mcm merepek skit..wassalam :)

Thursday, September 22, 2011

Cakap x serupa bikin..subhanAllah...

Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Haritsah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mafhumnya: “Di hari kiamat nanti akan didatangkan seseorang yang diseret lalu dilempar ke dalam neraka sehingga keluar usus-usus perutnya lalu dia berputar-putar padanya sebagaimana berputarnya keledai di alat penggilingan. Maka berkerumunlah ahli neraka dan mereka berkata, ‘Hai Fulan, ada apa denganmu?! Bukankah engkau yang menyuruh kepada yang baik dan melarang dari yang mungkar?’ Ia menjawab, ‘Benar, dahulu akulah yang menganjurkan kebaikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan aku melarang kemungkaran tapi aku melakukannya.’ (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Wednesday, August 17, 2011

Kehebatan bacaan Bismillah..

subhanallah.....

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Wednesday, August 3, 2011

Takut isteri ketua bidadari syurga

Datang seorang pemuda berjumpa dgn ustaznya..

pemuda=ustaz, ke mana isteri akan pergi jika suaminya masuk syurga..si isteri itu taat,patuh dgn suami dan ikhlas mengerjakan ibadah.

ustaz= maka dia juga akan bersama-sama si suami masuk ke syurga.

pemuda=apa benarkah si isteri itu akan menjadi ketua bidadari syurga?

ustaz=benar..
                                                                                      sekadar hiasan            
lalu si pemuda itu mundar-mandir dalam keadaan yg risau sambil tangannya memegang tasbih beristighfar..bertanya si ustaz

ustaz=mengapa kamu pemuda? kamu org yg bagus...isteri kamu juga solehah..apa yg kamu bimbangkan?

pemuda= ya ustaz, saya memegang tasbih ini juga kerana saya takut akan isteri..adakah di dalam syurga
terdapat banyak lg bidadari?

ustaz=ya benar..

pemuda=maka dengan itu habislah saya krn isteri saya juga kuat cemburunya..

ustaz=jgn bimbang, apabila didalam syurga..sifat cemburu isterimu akan dihilangkan

pemuda= owh... saya x yakin dgn isteri saya..

p/s: 
dr seorang imam di seri kembangan...
selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak..

Monday, May 2, 2011

“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.” (Hadis Riwayat Hakim)

Pd asalnya kita bersabar dgn perbuatan org lain terhadap kita, namun jika 1 hari kita membalas dgn perbuatan yg sama pd org tersebut bknkah itu dinamakan membalas dendam? Apa yg terjadi pada pahala sabar kita dimana sabar itu sebahagian drpd iman? Sbb itulah pentingnya memaafkan semua org disekeliling sblum tidur. Memaafkannya dgn sepenuh hati sptmana anda memohon taubat dariNYa.

Jika kau ada di sini pasti kau akan tolong abahkan?

Pada suatu ketika, tinggal seorang tua di hujung kampung seorang diri. Dia berhasrat untuk menanam kentang di sebuah kebun di belakang rumahnya. Walaubagaimanapun perkara ini amatlah sukar untuk dilakukan memandangkan kerja-kerja menggembur tanah adalah tugas anaknya Ali yang kini berada di dalam penjara. Orang tua itu pun menulis surat menyatakan hasratnya kepada si Ali.

Kehadapan Ali:
Abah merasakan tahun ini abah tidak dapat membina kebun kentang seperti tahun-tahun yang sudah. Abah terlalu tua untuk melakukan kerja-kerja menggembur tanah di kebun itu. Jika kau ada di sini pasti kau akan tolong abahkan? abah tau kau akan gali tanha itu untuk abah.

Sayangmu,Abah

Beberapa hari kemudian, orang tua itu menerima surat dari anaknya

Kehadapan Abah:
Demi saya, janganlah abah sentuh tanah tersebut. Di situlah tempat dimana MAYAT itu ditanam.

Sayangmu,Ali.

Pada keesokan harinya lebih kurang jam 4 pagi, ejen FBI dan polis tempatan datang ke kebun itu dan menggali kesemua kawasan kebun itu tetapi tidak menemui apa-apa pun. Mereka pergi dan meminta maaf pada orang tua tersebut.
Pada hari yang sama, si tua itu menerima surat dari anaknya.

Kehadapan Abah:
Abah boleh teruskan menanam kentang. Inilah yang terbaik boleh saya lakukan untuk abah yang tercinta.
Sayangmu,Ali