Followers


Sunday, April 10, 2011

Wajarkah kita mengatakan mereka masuk neraka?


Assalamualaikum semua..kali ini saya ingin mencoretkan satu pandangan saya terhadap perkara yg bagi kita sebagai umat islam biasa mendengar dan menggunakannya iaitu “kafir”. Biasanya..kita akan menyifatkan org bukan islam itu sebagai org kafir dan confirm masuk neraka. Betulkah padangan kita itu? Utk pengetahuan anda, mereka amat marah sekali jika kita menggelarkan mereka sebagai kafir…adalah lebih baik kalau kita menggunakan istilah non-muslims. Mengapa? Apakah maksud kafir yang sebenarnya? Kafir ini  berasal dari huruf (kaf – fa - ra) yg bermaksud menutup. Sblum zaman islam, istilah ini digunakan oleh para petani utk menutup/menguburkan benih tanaman di lading.  Dari segi istilahnya, كافر kafir / كفّار kuffār ini maksudnya lebih kepada org yg menyembunyikan atau mengingkari.  Dalam bahasa Islam, kafir sebuah kata yang digunakan untuk mejabarkan seseorang yang menolak/ tidak memeluk agama Islam.
Jadi menurut ajaran Islam, manusia kafir terdiri dari beberapa maksud, iaitu:
  • Orang yang tidak beragama Islam atau orang yang tidak mahu membaca syahadat,
  • Orang Islam yang tidak mahu solat,
  • Orang Islam yang tidak mahu puasa,
  • Orang Islam yang tidak mahu berzakat.
Cukup mengenai maksudnya, cuba anda bayangkan, wajarkah kita menentukan org bkn islam seperti asli pedalaman yang tidak pernah tau mengenai apa itu islam akan terus masuk neraka. Bkn kita yang menetukan siapa masuk neraka atau siapa masuk syurga, yang menentukannya adalah Allah. Mereka x pernah ingkar apa2 arahan atau perintah pun, bkn salah mereka untuk tidak mengetahui apa itu Islam,dan yang selalu ingkar perintah Tuhan adalah kita sendiri dan berdasarkan maksud yang tertera di atas siapa kafir sekarang? Maafkan saya jika penyataan ini menyakitkan hati para pembaca. Cuma saya mahu kita semua fikirkan semula dan ambil iktibar. Jika golongan seperti ini telah disamapaikan padanya ajaran islam oleh kita lainlah. Pada waktu itu menjadi tugas Allah utk menentukan nasibnya. Nasib mereka pula xkn berubah selagi mana mereka x berusaha utk mengubahnya sendiri. Jika mereka ada keinginan utk mengkaji insyaAllah, Allah akan memberi hidayah padanya bkn kita, kita hanya memberi jalan pada mereka. Oleh hal yang demikian, pesanan saya utk rakan2, perbetulkan persepsi mengenai kafir, jgn menggunakan perkataan ini sewenang-wenangya kelak nanti kita pula yang disifatkan sebagai kafir di akhirat kerana mengingkari perintah Tuhan,subhanAllah…

Sunday, March 27, 2011

ibu yg x kasihkan anak?

satu kali di mana si ibu kematian keempat-empat org anknya mati syahid barulah dia menangis lalu diejek oleh msyrkt di sekitarnya,"tengoklah dia tu,bila semua anak dah mati baru nak menangis", lalu berkata si ibu,"diam kamu semua,aku menangis bkn kerana ank2 ku mati, aku menangis kerana aku sudah tidak mempunyai anak lagi utk dihantar ke berjuang di jln Allah". Subhanallah... fikirkanlah wahai teman...

Wednesday, March 16, 2011

mengapa mengeluh?

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab , “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” Surah al-Ankabut , ayat 2-3.

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab ,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah , ayat 216.

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab ,” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah, ayat 286.

Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab ,” Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “Surah Ali Imran , ayat 139.

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab ,” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” Surah al-Baqarah ayat 45.

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab,” Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal .” Surah at-Taubah, ayat 129.

Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab ,” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Surah at-Taubah , ayat 111.

Kita berkata : Aku tak tahan!
Quran menjawab ,”....dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf , ayat 12.

Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini
Quran menjawab,” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. “ Surah al-Insyirah, ayat 5-6.

subhanallah...dpt artikel ni dr member kt facebook...
semoga Tuhan mengampuni segala kejahilan aku selama ini... 

Zakat: Rukun Islam yang semakin dilupakan

Zakat: Rukun Islam yang semakin dilupakan

sblum ni mak pernah ckp psal kepentingan zakat ni pd saya yg mendapat wang gaji walaupun masih belajar..
mak mintak saya bertanyakan hal ini pada ustaz tp saya asyik terlupa..
sampai satu masa, satu majlis yg diberi nama convo fest(x tau btul ke x eja) di universiti saya diadakan..
ps waktu itu terdapat byk booth(btul ke eja?) didirikan dan salah satunya adalah booth zakat..
sy mengambil peluang ini utk mengisi borang utk menolak sebahagian harta pendapatan saya sbyk rm10 sebulan..
memg benar dalam artikel ini, bkn saja dilupakan malah x diambil serius pun utk menunaikannya termasuk saya ni ha..
alhamdulillah...Tuhan membuka peluang pada saya pada waktu itu...selang beberapa bulan..saya berjumpa ustaz di universiti ini utk berbekam..
ternyata, kata2 mak benar yg zakat ini wajib bg org seperti kami (p kdt)... hm...lps ni kene kaji setiap kata2 emak itu sbnrnya penting bagi kita sbgai seorang anak..
berzakatlah...

Thursday, December 23, 2010

Sekilas ilham...kaitan adab makan dan air

pernah terbaca artikel,seorang pemuda membuat pembentangan mengenai air zam-zam. menggunakan teleskop berkuasa tinggi untuk melihat kandungan dan bentuk partikel air. apabila menyebut perkara baik-baik,partikel dlm air itu menunjukkan bentuk kristal yg cantik. apabila mengeluarkan kata-kata kesat pada air itu,partikel itu pecah dan membentuk kristal yang buruk. sebenarnya tadi baru terfikir, mengapa dalam adab makan kita perlu diam? bagi saya, jika kita bercakap, dikhuatiri akan mengeluarkan kata-kata kesat,kotor,menyakitkan hati atau mengumpat. di hadapan kita pada waktu itu adalah makanan. mungkin makanan itu akan menyerap segala kata-kata buruk itu dan menjadi sumber tenaga dalam badan kita. maknanya segala kata-kata kesat atau umpatan yang kita lemparkan pada orang akan kembali semula ke badan kita. Akibatnya,badan kita mudah dapat penyakit dan adakalanya berasa mudah lapar walaupun telah makan dalam kuantiti yang banyak. apa pendapat anda?

mengapa air selalunya dibawa ke majlis-majlis bacaan yassin dan akan ditiup setelah yassin habis dibaca? selalunya air kosong, walaubagaimanapun saya sarankan bawa air mineral,bkn air yang dimasak. Hal ini kerana air minearal masih lagi mengandungi kandungan mineralnya yang boleh memegang gelombang bacaan yassin yang baik untuk badan, manakala air yang dimasak tidak ada apa-apa. nama lainnya adalah air mati. mengapa air? bknnya karipap, donut atau yang lain-lain? hal ini kerana air telah wujud di muka bumi ini beribu-ribu tahun sebelum wujudnya manusia. lebih dari separuh permukaan bumi diliputi air dan dalam badan manusia juga mengandungi air. Air adalah zat yang paling lama hidup di bumi dan amat memahami segala kondisi dalam badan manusia..hebatkn?

p/s-coretan di atas hanyalah pandangan saya yang datang secara tiba-tiba. Segala silap dan salah atau bercanggahan pendapat amatlah saya kesali,jika ada fakta yang lebih tepat dan bernas sudi-sudilah kongsi..

Tuesday, December 14, 2010

Semut yang bertawakal pada Tuhannya

    Semut itu berkata bahawa dia hanya memerlukan sebutir gula sebesar gandum cukup sahaja sebagai makanan selama setahun. Lalu, Nabi Sulaiaman memasukkan semut itu kedalam sebuah balang berisi sebutir gula dan semut itu. Setelah sampai tempohnya,Nabi Sulaiman membuka semula balang tersebut dan mendapati hanya separuh sahaja gula itu dimakan. Nabi Sulaiman bertanya,"mengapa hanya separuh sahaja kau gunakan untuk sepanjang setahun hidup kau di dalam balang ini? Bukankah sebutir gula untuk menampung hidup kau?". Semut itu menjawab,"Memang benar aku memerlukan sebutir gula sebesar gandum jadi makanan bagiku,akan tetapi aku tidak yakin dengan jaminan manusia. Aku lebih yakin dengan jaminan Allah. Di luar,rezekiku pasti ada untukku kerana aku pasti jaminan Allah, tetapi jika di dalam balang,aku takut manusia akan terlupa dan tempoh untuk hidup di dalam balang akan terlebih."

    Daripada kisah ini, umumnya kita manusia percaya kewujudan Allah. Kita percaya akan azab dan siksa-Nya. Akan tetapi, kita tetap melakukan zina dan dosa secara sengaja. Mengapa? Kerana manusia tidak yakin dengan jaminan yang diberi. Jika yakin,pasti dosa dan zina tidak akan berleluasa.

    Suka bagi saya untuk mengingatkan kawan-kawan, dahulu saya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR. Akan tetapi, untuk SPM saya hanya mendapat keputusan sederhana sahaja. Selaku anak sulung, amat besar dan berat bagi saya untuk memikul tanggungjawab ini. Untuk menjadi ikutan, contoh dan tauladan untuk adik-adik sememangnya teramatlah sukar. Walaupun dengan keputusan yang tak seberapa, saya tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam keluarga. Hal ini kerana saya yakin rezeki itu ada di mana-mana. Rezeki itu luas terbentang dan tinggal hanya saya dan usaha sahaja untuk mendapatkannya serta doa memohon permudahkan ujian dan perjalannya.