Followers


Sunday, March 27, 2011

ibu yg x kasihkan anak?

satu kali di mana si ibu kematian keempat-empat org anknya mati syahid barulah dia menangis lalu diejek oleh msyrkt di sekitarnya,"tengoklah dia tu,bila semua anak dah mati baru nak menangis", lalu berkata si ibu,"diam kamu semua,aku menangis bkn kerana ank2 ku mati, aku menangis kerana aku sudah tidak mempunyai anak lagi utk dihantar ke berjuang di jln Allah". Subhanallah... fikirkanlah wahai teman...

Wednesday, March 16, 2011

mengapa mengeluh?

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab , “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” Surah al-Ankabut , ayat 2-3.

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab ,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah , ayat 216.

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab ,” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah, ayat 286.

Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab ,” Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “Surah Ali Imran , ayat 139.

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab ,” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” Surah al-Baqarah ayat 45.

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab,” Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal .” Surah at-Taubah, ayat 129.

Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab ,” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Surah at-Taubah , ayat 111.

Kita berkata : Aku tak tahan!
Quran menjawab ,”....dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf , ayat 12.

Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini
Quran menjawab,” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. “ Surah al-Insyirah, ayat 5-6.

subhanallah...dpt artikel ni dr member kt facebook...
semoga Tuhan mengampuni segala kejahilan aku selama ini... 

Zakat: Rukun Islam yang semakin dilupakan

Zakat: Rukun Islam yang semakin dilupakan

sblum ni mak pernah ckp psal kepentingan zakat ni pd saya yg mendapat wang gaji walaupun masih belajar..
mak mintak saya bertanyakan hal ini pada ustaz tp saya asyik terlupa..
sampai satu masa, satu majlis yg diberi nama convo fest(x tau btul ke x eja) di universiti saya diadakan..
ps waktu itu terdapat byk booth(btul ke eja?) didirikan dan salah satunya adalah booth zakat..
sy mengambil peluang ini utk mengisi borang utk menolak sebahagian harta pendapatan saya sbyk rm10 sebulan..
memg benar dalam artikel ini, bkn saja dilupakan malah x diambil serius pun utk menunaikannya termasuk saya ni ha..
alhamdulillah...Tuhan membuka peluang pada saya pada waktu itu...selang beberapa bulan..saya berjumpa ustaz di universiti ini utk berbekam..
ternyata, kata2 mak benar yg zakat ini wajib bg org seperti kami (p kdt)... hm...lps ni kene kaji setiap kata2 emak itu sbnrnya penting bagi kita sbgai seorang anak..
berzakatlah...